Setiap kali kami balik ke kampung satu agenda wajib ialah menziarahi pusara (kubur) ayahanda yang tercinta. Walaupun sudah 13 tahun ayahandaku pergi mengadap Robbuljalil, namun kenangan dan tunjuk ajarnya masih lagi segar dalam ingatanku.
Di sini nak kunukil kembali saat-saat terakhir aku bersama ayahanda.
23.02.96 - Malam Selasa di IKU (Institut Kesihatan Umum) Bangsar, Kuala Lumpur.
Perasaanku menjadi keluh gesah dan tak keruan, terasa rindu dan nak balik kampung yang luar biasa walaupun hanya tinggal 3 hari lagi tarikh ku balik kampung.
24.02.96 - 8.00 malam dengan perasaan tak bersalah (ponteng kuliah) meninggalkan kuliah yang berbaki lagi 2 hari. Aku bergegas ke Hentian Putra untuk tukar tiket bas yang telah kubeli dengan cara beratur panjang. Masih lagi ku ingat ketika itu untuk mendapat tiket bas amatlah susah, aku terpaksa menunggu di depan kaunter tiket dari jam 3-4 pagi lagi. Pada hal kaunter tiket akan dibuka bermula jam 8.00 pagi. (tak tahulah aku adakah keadaan seperti itu masih wujud lagi tak kini?) Tarikh perjalananku sepatutnya 26.02.96, namun kutakut penyesalanku dikemudian hari tak berguna lagi, maka kugagah juga ke hentian tersebut utuk mendapat tiket perjalanan hari ini.. Alhamdulillah usahaku tak sia-sia. Tepat jam 9.00 malam bas Tranasional yang penuh perutnya itu membawaku bersama penumpang yang lain menysur laju membelah keheningan malam menuju destinasi negeri Serambi Mekah.
25.02.96
9.00 pagi , Dengan menaiki kereta sewa dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubur dengan tambang RM2.50 sampailah aku di perkarangan rumah sewa kami yang tak seberapa besar. " sapa mati mu kelik ni ?" persoalan ini menjadikan aku tertanya-tanya. Tiba-tiba terkeluar daripada mulutnya soalan yang tak sepatutnya ditanya. Lalu kujawab tak dok sapo-sapo mati eh, nak balik raya la. Maklumlah hanya tinggal lima hari lagi untuk umat islam menyambut kedatangan hari yang ditunggu-tunggukan itu. Dek kerana penat dikocok-kocok oleh bas semalaman dan puasa maka aku mengambil keputusan untuk lelapkan mata......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
2.00ptg- "Man mu nak minum air tuak (Nira) ko? kalu nak ayah nak gi beli ni.." tanya ayahanda ku lagi, Eik pelik sungguh orang tua ni tak pernah soalan seperti ini ditanyanya sebelum ini. "Boleh juga" jawabku ringkas. Selalunya kalu aku nak minum tuak ni aku sendiri yang akan pergi cari (beli). Sudah menjadi kemestian bagiku kalau balik kampung tak pekena tuak dan Belut pise (pisang ) rasanya macam tak balik kampung. Satu lagi yang menjadi kegemaranku ialah kueh SERABE kueh ini tak terdapat di negeri lain melaikan Kelatan. Kueh ini juga menjadi kegemaran Tok Guru MB Kelantan.. Oh sekurang-kurangnya ada juga benda yang Tok Guru minat diminati aku..
7.10 malam Be (azan) berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa pada hari ke 26. Setelah selesai berbuka puasa dan solat segala hal. Satu lagi perkara yang jarang berlaku sebelum ini, berlaku pada malam itu... selepas Abang Syed polis diurut oleh ayahandaku. Pada malam ini agak tak ramai pelanggan ayahandaku yang memerlukan khidmatnya. " Man nak ngurut mari la tekah ore takdok neh" Ajaknya. Tanpa banyak soal dan memandangkan sudah lama ku tak merasa pinangan ibu jari ayahandaku yang menyedapkan itu lalu ku baring di depannya.. tanda rela untuk dikerjakan. Selepas setengah jam maka selesailah tugas ayahandaku, tapi yang menjdi tandatanya ku pada malam itu dan aku tak pula bertanya panya.. urutan ayahandaku pada malam itu agak berlainan daripada biasa iaitu hanya sebelah badan sahaja diurutnya..
11.00 malam setelah selesai makan colek tibalah masa untuk rehatkan badan.... zzzzzzzzzzzzzzzz
5.00 pagi "Man bangun sahur , awe (che Awang) , adek (che adek), Den (Mat Nawi) bangun sahur nih semo doh siap doh nih" Kejut ayahandaku di dinir hari untuk kami bersahur pada pagi Jumaat yang penuh barakah itu. Sebelum ini tak pernah pula ayahandaku yang kejutkan kami untuk bersahur.Pagi ini kami sekeluarga bersahur dengan nasi berlaukkan daging singgang, itulah yang menjadi kegemaran ayahandaku di bulan puasa. Selepas bersahur dan solat Subuh aku dan adik-adikku sambung tidur.
7.00 pagi " Man , adek , awea bangun ayah tak kaba" Mek kejutkan kami. Dengan pantas kami bergegas mendapatkan ayah, kami dapati ayahanda tak sedarkan diri, lalu kami bertiga urut dan beri bantuan pernafasan. Berguna jugalah ilmu yang kupelajari di IKU. Setengah jam kemudian ayahandaku menunjuk reaksi dan respon dan sedar daripada pengsannya itu.. Ketika pengsan tadi ayahandaku terbuang air kecil.. dan setelah dia sedar aku ceritakan tentang apa yang berlaku.
10.00 pagi Di Pangkuan riba bondaku dengan lafaz Syahadah maka ayahandaku menghembus nafas terakhirnya...
Selepas Solat Jumaat Aku bersama dengan Pok Me Jangut dan Pok me Mee memandikan Jenazah ayahandaku yang kusayangi itu dengan cermat. Inilah kali pertama ku menguruskan Jenazah dari mula hingga ke akhirnya. Selepas Solat Asar maka selamatlah Jasad ayahandaku disemadikan di tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kubur. ( Untuk makluman nama Pengkalan Kubur diperolehi adalah disebabkan di sebelah kubur inilah ada pengkalan untuk ke Takbai dan sebaliknya, maka lahirlah nama PENGKALAN KUBUR).
Beberapa perkara yang berlaku sebelum ayahandaku 'pergi' :
1. Bertanyakan siapa mati mu balik ni?.
2. Tawarkan diri untuk cari tuak.
3. Urut badanku sebelah sahaja dan aku biarkan saja.
4. Kejutkan kami bersahur pada hal tak pernah dilakukan sebelum ini.
Setelah dia pergi baru ku tahu semua itu tanda-tanda ayahandaku akan meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Aku reda dengan cara dan masa serta hari yang baik Allah Taala menjemput ayahandaku pergi mengadapnya.
Hari : Jumaat (pagi)
Tarikh : 27 Ramadan
Bulan : Puasa (Ramadan)
Aku berharap pada Allah merahmatinya dan tempatkanlah ayahandaku bersama-sama para ambia, rasul-rasulNya, Aulia dan ulama' serta orang-orang mu'min aamin ya robbal Aalamin.