Saturday, November 28, 2009

KAPAL HASIL KERJA TELITI EN HARUN



Bagi menghasil sesuatu yang bermutu tinggi dan memenuhi kemahuan pelanaggan ketelitian dan ketekunan sudah menjadi kemestian bagi En Harun Bin Endut. Bagi memenuhi keinginan para peminat kapalnya (gambar kiri )ketekunan dan cermat amatlah dititik berat bagi menghasil kapal tersebut.
masa yang diambil untuk menyiapkan sesebuah model kapal tersebut beliau mengambil masa dua ke tiga bulan untuk menyiapkannya (mengikut saiz & bengtuk). Adakalanya beliau mengambil masa selama setahun kerana model tersebut terlalu kecil. Setelah semua kerja selesai beliau akan mengukirkan senyuman sebagai tanda kepuasan.(gambar kanan)

Sunday, July 5, 2009

Masa Lapang Apakah Kita Manfaatkannya ?

Ramai di kalangan kita yang silap menganggap tentang MASA (Wakt), (Time), (Weela).
Kita sering kali mengungkapkan Masa Lapang, sebenarnya tahukah kita apa itu masa lapang ?
Allah menciptakan manusia itu beserta dengan masanya sekali. Masa yang dipeuntukan kepada manusia memang tidak mencukupi, tetapi manusia hendaklah pandai mengurus dan menjana masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Masa mesti kita yang mengejarnya jangan biarkan masa yang mengejar kita. Kita mesti mencari masa jangan sampai masa mencari kita. Kita mesti trokai masa jangan sampai masa trokai kita. Kita jangan jadi hidup kita ini dihambat masa...

Termasuk antara nikmat Allah yang kebanyakan manusia lalai dan lengah terhadapnya, mereka tidak tahu menghargainya dan mereka tidak mensyukurinya dengan baik ialah nikmat “masa lapang”.

Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas, sabda Rasulullah s.a.w:
Terdapat dua nikmat di mana kebanyakan manusia menderita kerugian di dalamnya iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang.”

“Masa lapang” ini maksudnya ialah kekosongan daripada berbagai kesibukan dan perkara-perkara keduniaan yang menghalang dan melarang seseorang daripada melakukan urusan-urusan akhirat.

Allah telah bersumpah dengan masa, dalam surah Al-Asr maksudnya :

1. Demi Masa!

2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -

3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

Terdapat dalam hadis lain sabda Rasulullah s.a.w:
“Rebutlah keuntungan (dalam) lima perkara sebelum (datang) lima perkara: masa hidup sebelum mati; sihat sebelum sakit; lapang sebelum sibuk; muda sebelum tua dan masa kaya sebelum miskin.”

Masa lapang tidak akan tetap kosong buat selama-lamanya. Ia akan tetap diisi sama ada dengan perkara yang baik atau perkara yang tidak baik. Sesiapa yang tidak mencipta kesibukan dirinya dengan perkara yang benar (haq), dia akan memiliki kesibukan yang sia-sia (batil). Justeru itu, beruntunglah orang yang mengisi masanya dengan kebaikan dan amal saleh; dan celakalah orang-orang yang mengisi masanya dengan kejahatan dan kebinasaan.

Tuesday, June 23, 2009

SECEBIS NUKILAN BUAT BAPA-BAPA DI DUNIA

Ayah...


Ayah...
Telah membesarkan aku,
Penuh kesabaran dan ketabahan
Untuk aku berjaya dalam hidup.


Ayah....
Pagi kau pergi, pulang petang, kadang-kadang dinihari kau pulang,
Gigih mencari rezeki menyara hidup kami sekeluarga.


Ayah....
Kau mendidik aku menepati masa
Untuk aku menjadi insan berguna,
Kau mendidik aku bertutur lembut
Untuk aku menjadi insan berhemah.


Ayah....
Kau ingatkan aku agar suka menolong ,
Juga ambil berat kepada insan lain
Kau ingatkan berbuat sesuatu sendiri
Juga tidak lupa nasihat orang lain.


Ayah....
Terima kasih atas pengorbananmu,
Terima kasih atas segala-galanya.


Ayah....
Percayalah, suatu ari nanti ,
Semua pengorbananmu itu,
Akan ku balas dengan kejayaan,
Menjadi insan berjaya...


" SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA"

Sunday, June 21, 2009

SELAMAT BERCUTI PELAJAR PBJJ UKM

Setelah berminggu-minggu berhempas pulas, ada yang tak tidur malam, ada yang tidur awal dan bangun di awal pagi. Bahkan ada juga yang tidur tak bangun-bangun. Ini semua adalah untuk menghadapi peperiksaan akhir semester. Itu diantara cara pelajar PBJJ membuat persediaan menghadapi peperiksaan tersebut... Tak dapat dinafikan ada segelintir pelajar yang menghadapi peperiksaan kali ini hanya berbekalkan 'Sebatang pensel 2B' dan ada juga yang berbekalkan segenggam gula-gula kopiko. Apa jua bekalan yang ada dan digunakan pada hari itu, kini tak menjadi tajuk perbualan lagi.

Sekarang ini, pakat-pakat dok menung dan berangan-angan mendapat pointer yang tinggi belako. Termasuk juga pemilik blog ini. Semasa menjawab dulu ada yang menjawab sambil mengira markah yang bakal diprolehi. Ada juga yang siap mencatat POINTER terkumpul lagi.

Pantang Ada Yang keluar Dulu akan Menjadi Tumpuan.....
Terkenang pula ketika dalam DECTAR , Arahan Peperiksaan Pelajar Tidak Dibenarkan Keluar Sebelum 30 minit Peperiksaan Bermula Dan 15 minit Peperiksaan Berakhir. Anda Boleh Mula menjawab sekarang.... Maka menjawablah sekalian Pelajar PBJJ dengan gaya tersendiri. 45 minit kemudian kreeek bunyi kerusi ditolak kebelakang,,,,,,,,,, Hero untuk hari tersebut sudah bangun,,, mana taknya, masa untuk menjawab sebenar 2 jam dan 2jam 30 minit.... Hero ini akan menjadi tumpuan dan akan diikutilah oleh hulubalang-hulubalangnya... supsip...supsip bunyi mulut.... ada yang tak puas hati, ada yang jelois, ada yang gugup dan ada juga yang tak sedap duduk nak ikut keluar jug. Pada hal banyak lagi tak dijawab....

Mungkin Pelajar Tak Perasan.
Semasa di DECTAR.. satu alunan yang mengasyikkan dialunkan oleh sebahagian pelajar. Itulah hebatnya pelajar PBJJ ini, sambil menjawab bolh lagi mengeluarkan irama yang mengasyikkan. Kejap dihujung bahagian hadapan berbunyi, sekejap di belakang , sekejap di tengah , di tepi dan ada ketikanya serentak ibarat bunyi kompang Selawat.....* cuba teka bunyi irama apa itu?.

Okey lah saya doakan kita semua akan berjaya sesuai dengan apa yang kita usahakan.... "SEMALAT BERCUTI DAN BERSEDIA UNTUK SEMESTER 5"


*- iRaMa yang tersebut di atas ialah :::::::::::::::::::::::::::::: B_tuk.......

Friday, June 12, 2009

musim periksa

Aloh..lamanya tak menulis disini...sekarang musim periksa kat UKM bagi pelajar PBJJ. jadi sibuk sikit...maklumlah study saat-saat akhir. Dah tua-tua belajar ni macam ni le...banyak komitmen yang perlu dihadapi selain dari tugas hakiki sebagai penjawat awam. harap exam kali ini berjalan lancar dan mencapai keputusan yang boleh dibanggakan. kepada rakan sperjuangan..teruskan perjuangan anda..diucapkan BITTAUFIQ WAN NAJAH!

ALLAHUMMAJ'ALNA MINANNAJIHIN WAL FAA'IZIN...

Sunday, March 22, 2009

TUNJUK KUKU


Tahun 2008 telah 3 bulan berlalu, teringat aku masa gi kursus Khat bersama rakan-rakan dari seluruh negeri Perak ( Negeri Pasir Berdengunggg....) di P.Pangkor ( Daerah Peranakan embee)
Di sana terdapat banyak kenangan dan ilmu yang aku dapat. Hasilnya aku pun tunjuklah di dinding-dinding sebagai wariasan dan tontonan generasi yang akan datang .

Ikutkan hati aku memang malas nak tunjuk KUKU, namun atas permintaan kawan-kawan maka aku nukilkan sekadar mampu, nak kata pandai tu jauh laaa, terer dan pakar tu jauuuuuuuuh lagi laa. Bak kata orang tak ada rotan akar pun berguna.

Sesungguhnya kita akan berasa puas selepas hasil kerja kita siap tertera di mana-mana dan dilihat oleh manusia yang lalu lalang dan menjeling ke arah hasil kerja kita itu.

Saturday, March 21, 2009

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ

Teka-teki ahli sufi daripada Imam Al-Ghazali...

Suatu hari. Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya...

Imam Al-Ghazali : apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?
Murid 1 : orang tua..
Murid 2 : guru..
murid 3 : teman...
Murid 4 : kaum kerabat..

Imam Al-Ghazali : 'semua jawapan itu benar. tapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa yang bernyawa pasti akan mati ( surah aali- Imran : 185 )
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
Maksudnya :
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.