PENULISAN BUKU TEKS :
Isnin, 8 Disember, 2008 10:35
Daripada:
Mohd Shahiruddin Bin Amir
shahir.ipis@yahoo.com
Jawapan soalan / maklumat berkaitan penulisan Buku Teks :
1. Biodata
Nama : Mohd Shahiruddin Bin Amir
Kerjaya : Pensyarah Pendidikan Islam
( 1996 – hingga sekarang )
Tempat Bertugas :
Institut Perguruan Islam Selangor
Bandar Baru Bangi
Bangi,Selangor
Pengalaman ( Disekolah ) :
Guru Pedidikan Islam / Bahasa Arab
( 1987 – 1996 )
Sek.Men.Keb. Dato’ Harun
Tanjong Karang , Selangor
2. Menulis Buku teks :
Tajuk Buku Teks : Pendidikan Islam Tahun 6
( Sekolah Rendah )
Tahun diterbitkan : 1999 - 2000
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Anjuran : Kementerian Pelajaran Malaysia
3. Pengalaman penulisan :
1 – Penulis Modul ( PAFA ) - 1993 - 1994
PCI – Pendekatan cahaya Iman
Anjuran : Jab. Pend. Negeri Selangor ( JPNS )
2- Penulis Modul – jQAF
3- Penulis Buku Ulangkaji Pendidikan Islam PMR
Tahun ( 1994 )
4- Penulisan / Pengisian :
Pendidikan Islam / Pedagogi
Portal Pendidikan – KPLI ( jQAF )
Anjuran : BPG / KPM
E – Learning ( 2006 hingga sekarang )
5- Penulisan / Pengisian :
Pendidikan Islam / Pedagogi
Portal Pendidikan – ( PGSR )
Anjuran : BPG / KPM
E – Learning ( 2008 - )
6- Penulisan / Pengisian :
Pendidikan Islam / Pedagogi
Portal Pendidikan –
( Guru Pend. Islam Thailand )
Anjuran : BPG / KPM
E – Learning ( 2007 hingga sekarang )
4. Bagaimana penulis mendapat idea :
a- Merujuk kepada kelemahan yang perlu diperbaiki dari
buku sebelumnya
b- Merujuk perbincangan kumpulan
c- Bimbingan dan nasihat Panel / Pakar
d- Merujuk hasil Laporan Jemaah Nazir mengenai P & P di sekolah
e- Maklum balas murid terhadap penggunaan Buku Teks
f- Maklumat dan pengalaman penulis setelah membuat analisis hasil keputusan peperiksaan murid
g- Membuat perbandingan Buku Teks penerbitan lain
h- Merujuk hasil kajian penulis / Disertasi Sarjana
5. Ciri-ciri penulisan yang baik :
Ciri-ciri untuk menghasilkan penulisan yang baik haruslah merangkumi
prosedur dan persediaan seperti dibawah ;
Persediaan / prosedur asas :
a- Merujuk Sukatan dan Huraian Sukatan yang mantap
b- Membina Pemetaan / perbincangan terlebih dahulu
c- Mendapat kelulusan dan merujuk panel / pakar
d- Wujudkan kolaborasi / nasihat dengan penerbit
e- Lantik ahli kumpulan yang mempunyai pelbagai
kemahiran yang diperlukan sebagai penulis
f- Rancang jadual perbengkelan – Tarikh / Lokasi / Panel
g- Buat agihan tugasan setiap ahli kumpulan , agar
penulisan dapat dapat disiapkan mengikut masa yang
ditetapkan
i- Penulis perlu bijak membahagikan masa ( menulis dan
melaksanakan tugas kerjaya di sekolah )
Kemudahan asas :
a- Merujuk buku / Jurnal / laporan / kajian berkaitan buku
teks
b- Merujuk dan membaca dengan mendalam tajuk-tajuk
yang di tetapkan
c- Peralatan komputer / Printer yang diperlukan sentiasa
dalam keadaan baik
d- Koleksi image / gambar / grafik yang secukupnya
e- External Hardisk ( Backup ) – persediaan menghadapi
dari serangan Virus , kerosakan komputer dan lain-lain
halangan.
f- Lokasi perbengkelan yang sesuai
Persembahan Isi / Aktiviti / Grafik :
a- Persembahan isi menepati tajuk sukatan
b- Ejaan yang selaras dengan Daftar Ejaan Dewan Bahasa
c- Saiz dan jenis Font yang ditetapkan
d- Grafik menarik dan sesuai dengan persembahan isi
e- Background dan warna yang menarik ,tidak menonjol lebih daripada teks yang ditulis
f- Aktiviti sesuai dengan tahap murid
g- Integrasi ICT dalam aktiviti P & P murid
h- Kaitkan isi dengan isu-isu semasa ( isu yang tidak berlaku zaman Nabi )
i- Ada kesimpulan dan pengajaran dari huraian tajuk
j- Kaitakan Nilai-nilai murni
k- Persembahan isi-isi penting dalam bentu peta minda
l- Kepelbagaian bentuk grafik dan warna dalam menampilkan isi tajuk
m- Ajukan penilaian yang boleh menguji minda murid
n- Penilaian yang pelbagai bentuk supaya murid tidak jemu
o- Persembahan isi dalam pelbagai bentuk ( kuiz , silangkata , padankan dan lain-lain )
Penilaian / Semakan :
a- Lantik penyemak kedua ( second reader ) sebagai panel
luar untuk semak ejaan dan memberi komen
b- Pilot Test ( Praktikal percubaan pada murid yang dipilih )
untuk melihat keberkesanan dan kekuatan hasil
penulisan Buku Teks tersebut
c- Perbaiki segala kelemahan hasil feedback P & P
terhadap murid dalam sesi Pilot Test
d- Bentang segala hasil penulisan kepada Panel / Pakar
e- Perbaiki segala kelemahan dari penambaikan oleh Panel
f- Cetak ( Warna ) serta binding hasil keseluruhan
penulisan untuk memastikan hasil Buku Teks memenuhi
kehendak penerbit
6. Cara mengedit :
a- Apabila Panel mendapati ada kesalahan yang perlu di perbaiki,
catatan di buat pada teks tersebut. Semua ahli membuat rekod
pada salinan teks masing-masing.
b- Penulis akan memperbaiki kesalahan , serta merta setelah sesi
panel selesai. Perlu dicetak semula teks tersebut dan salinan
mengikut jumlah panel dan ahli
c- Penulis akan bentang semula pada sesi panel beserta semakan catatan rekod kesalahan sebelumnya. Sekiranya penulis azur dan panel puashati, catatan dan akan dicatat selesai penambahbaikan.
d- Penulis akan bentang pada tajuk seterusnya pada sesi panel dan ulang prosedur sekiranya masih ada kesalahan seterusnya.
e- Pembetulan grafik juga akan dilakukan melalui proses yang sama melalui Pegawai grafik Dewan Bahasa atau Penerbit hingga selesai
f- Cetakan Naskah contoh akan dibuat dalam bilangan terhad untuk semakan semula dan pembentangan akhir akan dibuat sebelum cetakan seterusnya.
Proses dan prosedur diatas akan menjamin penulisan yang berkualiti dan menghasilkan Buku Teks yang menepati kriteria alam persekolahan
7. Apakah pandangan penulis :
7.1 Penulis secara palagiat
a- Penulis Buku Teks anjuran Kementerian Pelajaran tidak akan
berlaku sikap palagiat , kerana banyak prosedur yang wajib
dipatuhi dan mesti akur pemantauan Panel pakar yang dilantik
b- Penulisan Buku Swasta ada kemungkinan berlaku sikap palagiat ,
kerana penerbit buku lebih pentingkan pada komercial dan
keuntungan dan dapat di pasarkan dengan segera tanpa tapisan
panel pakar yang ketat.
c- Buku Teks perlu patuh pada tajuk yang telah ditetapkan dalam
Sukatan Pelajaran Kementerian dan aras sasaran murid , maka
terhindarlah berlakunya palagiat
7.2 Etika dan undang2 penulisan
a- Setiap penulisan / percetakan dan pengubahsuaian tidak terlepas
daripada Etika dan Undang-undang Hak Cipta yang telah
dikuatkuasakan oleh Pehak Berkuasa.
b- Penulis akan patuh dan tindakan akan dikenakan pada yang
ingkar
c- Etika dan peraturan dapat menghasilkan hasil penulisan yang
asli dan kualiti
d- Etika dan peraturan penulisan dapat mendidik nilai-nilai murni
para penulis agar menghormati hasil dan hakcipta orang lain
7.3 Pentingnya ICT dalam penulisan
a- Integrasi ICT dalam penulisan , sangat besar kesannya untuk
menghasilkan Buku Teks yang menarik perhatian murid agar
menjadi persaingan yang sihat dengan Buku Teks matapelajaran
lain.
b- Penggunaan ICT / Grafik dapat memberi kemudahan dalam
proses pembinaan Buku Teks kearah profesional setanding
dengan media cetak dari negara maju
c- Integrasi ICT ( Penggunaan Font JAWI ) dapat menampilkan
tulisan / teks yang dapat memberi kekuatan dan pembacaan yang
selaras mengikut ejaan Dewan Bahasa & Pustaka kepada semua
murid sekolah rendah di Malaysia.
d- Dari sudut Layout / Background grafik – penggunaan ICT dapat
melahirkan statu ilustrasi yang seolah-olah benar / realistik
disamping pilihan warna yang sesuai dengan tema setiap tajuk
yang ditulis.
e- Kemudahan ICT oleh pereka grafik Dewan Bahasa & Pustaka
juga dapat memberi penambahbaikan segera untuk menghasilkan
image / gambar hakcipta sendiri pada setiap helaian sebagai
pengukuhan isi-isi yang disampaikan oleh penulis.
7.4 Bayaran kpd penulis ( Bergantung kepada syarat diberi )
a- Bayaran yang diterima oleh penulis adalah secara pukal
b- Sebarang cetakan semula tidak ada bayaran imbuhan diberi
c- Tiada bayaran royalti diberi jika perlu cetakan berulang
d- Penulisan mestilah secara Group / kumpulan sahaja.
e- Tempoh selesai penulisan mengambil masa setahun sebelum
dicetak
f- Melalui proses persembahan hasil penulisan bersama panel
( lebih kurang 8 kali perjumpaan yang dirancang / berjadual )
7.5 Kebebasan menulis
1- Kebebasan :
a- Pengolahan huraian isi-isi tajuk yang diberi
b- Cara persembahan isi-isi ( contoh : Bentuk Kuiz , Pantun , syair , Dialog , Soaljawab , Karangan pendek , Peta minda dll )
c- Sudut penilaian mengikut kesesuaian yang dipilih oleh penulis ( contoh : Isi tempat kosong , Padankan , Pilihan jawapan dll )
d- Aktiviti murid bersesuaian dengan kaedah Pengajaran dan Bidang matapelajaran ( contoh : Talaqi Musyafahah dalam Bidang Tilawah Al-Quran )
e- Cadangan image yang sepatutnya bagi olahan isi-isi. ( contoh : Gambar Kitab Al-Quran bagi tajuk Bacaan Ayat )
f- Rujukan tambahan mencari maklumat tajuk ( Asalkan diakui kesahihanya )
2- Mengikut syarat penerbit ( DBP ) :
a- Saiz / jenis font
b- Gambar/ image berkaitan tajuk ( tidak sensitif pada agama / budaya / kaum dll )
c- Tajuk mengikut sukatan yang diberi
d- Pembahagian Bab , Unit dan kemahiran merujuk sukatan
e- Bilangan halaman
f- Format penulisan oleh DBP
g- Ejaan selaras mengikut Kamus Daftar Ejaan DBP
8. Kalau ada / diberi peluang / penulisan yang akan datang , ttg apakah yang
nak penulis tuliskan ?
Cadangan penulisan Buku masa kini :
1- Penulisan buku akan datang seharusnya selaras dengan
perkembangan isu-isu semasa agar murid faham secara
mendalam pada tajuk yang ditetapkan ( contoh : Tajuk - Wudhu’
dalam Taharah . Penulis perlu kaitkan bagaimana mengambil
wudhu’ di Angkasa lepas ) matapelajaran Pendidikan Islam
2- Selaras dengan perkembangan celik ICT-MSC ( Multimedia
Super Corridor ) , penulis perlu tonjolkan persembahan isi-isi
melalui aktiviti yang menggunakan / aplikasi Bahan Sumber
Media ICT. Hasilnya , murid akan lebih mahir menggunakan ICT
disamping isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
( contoh : Pendidikan Islam – aktiviti guru guna Video dan
Powerpoint untuk menerangkan tajuk Wudhu’ . menarik perhatian
murid hasil audio-visual / animasi / sound efect dan penilaian
menggunakan Powerpoint )
3- Bina aktiviti dalam buku teks – untuk murid mencari maklumat
menggunakan ICT . Hasilnya murid dapat download maklumat
dari tajuk diberi dengan lebih meluas tanpa batasan ( search –
internate ) contohnya ; aktiviti ISL – Individual Self Learning . Murid
dapat mencari isi-isi berkaitan Solat (Pend. Islam) selain isi yang
terdapat dalam buku teks dengan bimbingan guru. Print segala
hasil dan bentang secara kumpulan. Murid lain catat dapatan baru
dan perbincangan.
4- Aktiviti Penilaian Buku Teks : 30 % diperuntukkan untuk ujian
semester selain peperiksaan dalam bentuk digital. Contoh ; Bina
soalan-soalan berkaitan tajuk buku teks dalam perisian untuk
murid menjawab . Markah dibina secara auto-correct . Jawapan
sebenar diberi setelah murid cuba menjawab .
Hasilnya - Murid tahu jawapan sebenar
- Kemahiran ICT pada murid dapat ditingkatkan
- Dapat jimatkan waktu guru kerana tidak perlu semak
jawapan
5- Bina CD perisian secara interaktif yang berkaitan tajuk Buku Teks
mengikut BAB / UNIT , meliputi aktiviti murid dan Panduan Guru
Mengajar ( PG ).
Hasilnya – Murid tidak merasa jemu dengan persembahan teks
dalam buku
- Disiplin dapat dikawal kerana tumpuan murid meneroka
CD perisian yang dirancang
- Murid dapat ulangkaji secara kendiri dari CD perisian di
rumah
- Murid kurang bebanan dari membawa buku yang banyak
- Murid dapat pendedahan awal dan sebagai satu
persediaan untuk melangkah ke peringkat menengah